Assalamualaikum W.B.Q..
Terlebih dahulu ingin saya bahasakan diri saya ini sebagai "saya" kerana jika sebelum ini saya lebih gemar bahasa diri ini "aku" tapi diruangan Perbezaan antara Ahli Sunnah dan Syiah, saya perlu meletakkan diri saya serendah-rendahnya. Siapalah saya uintuk membicarakan tentang bab agama. Saya hanyalah insan biasa yang yang hanya mampu memberikankan pandangan yang untuk dikongsi bersama.
Suka untuk saya kongsikan bersama diruangan ini betapa umat islam perlu mengetahui apa itu Ahli Sunnah, dan apa itu Syiah. Seringkali di dalam akhbar, di internet, mahupun di mana-mana sahaja isu ini pasti akan dibangkitkan ataupun dibicarakan. InsyaAllah, saya akan berikan yang terbaik dan secara ringkas.
Ahli sunnah memegang teguh kepada 5 perkara (1) - Mengucap dua kalimah syahadah, (2) - Solat 5 waktu sehari semalam, (3) - Puasa, (4) Zakat, (5) Haji.
Syiah juga memegang teguh kepada 5 perkara (1) - Solat 5 waktu sehari semalam, (2) - Puasa, (3) - Zakat, (4) - Haji, (5) - Jihad.
Ahli Sunnah sepakat bahawa Al-Quran ada kebenarannya dan terpelihara dari sebarang tambahan atau pun kekurangan. Mereka beriman dengan setiap huruf darinya,dan mereka beriman bahawa sesungguhnya ia adalah kalam Allah bukan baru dan bukan makhluk. Ianya terpelihara dari segala keburukan dan adalah menjadi sumber utama kepada setiap kepercayaan-kepercayaan muslimin dan urusan hidup mereka dan juga pekerjaan seharian mereka.
Manakala bagi syiah pula, Mereka meragui kebenarannya iaitu Al-Quran, ada yang telah ditambah dan dikurangkan. (Sebahagian dari mereka menafikan tuduhan ini tetapi kita tidak mungkin mengambil kira ke atas penafian tersebut dengan sebab iktikad mereka yang mengamalkan taqiyah). Jika berlawanan dengan iktikad, mereka mentafsirkan dengan iktikad mereka. Pendapat imam-imam mereka adalah antara sumber utama di sisi mereka. Dan juga antara zikir-zikir ada yang mereka tidak bersetuju hingga mereka mengatakan karut.
Suka untuk saya membicarakan tentang sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, Ahli sunnah bersepakat adalah wajib baginya untuk menghargai dan meredhai ke atas sahabat-sahabat baginda S.A.W. Ahlul Sunnah menganggap bahawa pertelingkahan yang terjadi antara mereka adalah berpunca dari perselisihan pendapat hasil dari ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan kejujuran, serta segala keadaan yang mempengaruhi mereka berbuat demikian telah pun berlalu. Tidak dibenarkan kita menaruh dendam sepanjang zaman mereka. Sesungguhnya merekalah golongan yang dipuji Allah berkali-kali. Oleh itu, tidak dibenarkan sesiapa pun mencela mereka selepas daripada itu. Sesungguhnya melalui usaha mereka kesemualah agama Islam itu turun-temurun dari Rasulullah hingga sampai kepada kita.
Manakala bagi Syiah pula agak berlainan, mereka berpendapat bahawa para sahabat sesungguhnya telah kafir selepas kewafatan Rasulullah S.A.W kecuali sebilangan kecil yang bilangannya tidak melebihi bilangan jari-jari tangan. Mereka meletakkan Saidina Ali di tempat yang terlampau istimewa. Sebahagian mereka berpendapat : bahawa dialah yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah saw. Sebahagian lain pula menganggapnya sebagai nabi dan ada yang menganggapnya sebagai tuhan. Mereka menghukum orang-orang muslim menurut pendapat-pendapat mereka masing-masing ; sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali, maka ia zalim, atau kafir atau fasiq ; dan begitulah halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu-cicitnya turun-temurun.
Sebagai seorang pemimpin dan bakal untuk memimpin, Ahli Sunnah berpendapat Berpendapat bahawa sesebuah negara Islam itu diperintah oleh seorang khalifah yang dipilih antara orang-orang muslim. Disyaratkan agar khalifah itu mempunyai kebolehan yang mencukupi iaitu seperti seorang yang berakal, berada di atas jalan yang lurus, berilmu dan diketahui ramai akan kebolehan dan amanahnya serta kebolehan dalam memikul tanggungjawabnya. Ia dipilih hanya oleh dan dari orang-orang yang mempunyai kuasa memilih dalam masyarakat muslimin dan mereka melucutkan kekhalifahannya jika didapati ia tidak berlaku adil atau keluar dari hukum-hukum Al-Quran dan As-Sunnah. Semua muslimin wajib taat kepadanya dan kekuasaan memerintah pada sisinya mestilah dianggap sebagai satu tanggungjawab dan satu perkara yang akan dipersoal (oleh Allah dan kaum muslimin) dan bukanlah satu kemuliaan atau hasil keuntungan.
Manakala bagi Syiah, mereka berpendapat kuasa pemerintahan adalah warisan turun-temurun untuk Saidina Ali dan anak-anak Fatimah. Terdapat perselisihan pendapat yang banyak antara mereka berkenaan warisan ini. Dengan pendapat mereka yang sebegini cara, mereka sama sekali tidak melantik seorang pemerintah yang bukan dari keturunan Ali. Tetapi, apabila kehendak dan harapan mereka ini tidak dapat dipraktikkan atau dilaksanakan apabila keturunan Ali ini terputus dengan sebab kematian Muhammad al-Mahdi, imam mereka yang kedua belas yang wafat semasa kecil lagi (semasa berumur 8 bulan atau 2 atau 5 tahun ; mereka telah mencipta satu pendapat baru iaitu pendapat “ar-raj’ah” atau “kembali semula”). Maksud mereka ialah imam mereka yang terakhir dan digelar “al-Qaaem” yang mati semasa kanak-kanak ini akan datang kembali pada akhir zaman. Beliau akan keluar dari “Gua as-Sirdab” lalu menyembelih kesemua pihak lawan politiknya. Menurut mereka lagi, imam ini akan mengembalikan hak-hak golongan syiah yang telah dirampas dari mereka oleh golongan-golongan lain sepanjang kurun-kurun yang telah lalu.
Mungkin ramai yang bertanyakan, muslim ke puak-puak Syiah tu? sebenarnya soalan nie rumit dan sulit untuk dijawab. Senang cerita, tepuk dada tanyalah iman. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya bukanlah menunjuk pandai ataupun berlagak pandai, apatah lagi untuk menyentuh isu-isu sensitif. Bagi mereka yang berpegangan wahabi di Malaysia, ingatlah mazhab kita hanyalah mazhab Imam Syafie. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran, Hadith, dan Sunnah. Saya ingin memohon maaf andai tersalah dari segi pemahaman. Almaklum lah, UPSR dulu PEMAHAMAN dapat B.. T_T
Wassalam.. :)
2 comments:
syukran jazakaallah khairan atas perkongsian..
moga kte sntiasa d bawah rahmat-Nya dan dberikan petunjuk ke jalan kebenaran berlandaskn Al-Quran dan As-Sunnah..Pastikan Ahli Sunnah Wajjamaa'ah ikutan kte..
Afwan.. InsyaAllah.. tak lari Al-Quran dan Sunnah jika kita sentiasa mengikutinya.. :)
Post a Comment