BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 21 January 2012

Sajak Islam - Di manakah Ilmu?

Nurkilan : Abdul Razak Nordin a.k.a Ajak

Bermula sejarah di Gua Hirak,
Nabi terakhir mendapat wahyu,
Wahyu pertama , Iqra' ,
Menyuruh membaca.

Manakah dia ilmu di dada?
Adakah hilang begitu saja?
Apalah guna ilmu di dada,
Jika hatimu masih berbecak,
Lumpur dosa masih meloyakan,
Terpulanglah padamu,
Untuk membersihkan.

Sentuhan iman tentunya menyegarkan,
Tanpanya ilmu seharusnya memesongkan,
Kerana tanpa tujuan,
Tanpa iman,
Seolah memberi permata yang indah,
Pada si jahil yang menyangka,
Permata yang indah dibuat mainan.

Bebaskanlah dirimu dari penjara kejahilan,
Penjara kejahilan tidak mengenal mangsa,
Walaupun dirimu lulusan menara gading,
Ataupun penggarap kitab kejahilan,
Penjara kejahilan sentiasa mengejar,
Siapa yang lalai menjadi mangsa,
Siapa yang insaf gembira merdeka.

Fardhu `ain,
Fardhu kifayah,
Tuntutlah keduanya,
Amalkanlah keduanya,
Agar dirimu sejahtera,
Agar hidupmu ditiup bayu,
Bayu ketenangan , bayu kegembiraan,
Di bawah petunjuk,
Yang Maha Esa.


Wednesday 18 January 2012

Pantun Gurindam Suka Hati

Nurkilan : Abdul Razak Nordin a.k.a Ajak


 Dengan bismillah merafat sembah,
Abdul Razak bermadah dalam kiasan,
Hasrat digenggam tidak berubah,
Segak bertinta penyambung warisan .

Wahai dinda dalam bicara,
Madah berbisa sopan di jaga,
Dari shah alam datang semuka,
Membawa hajat bersulam cinta.

Sepat bukan sebarang sepat,
Sepat datang dari muara,
Hajat bukan sebarang hajat,
Hajat datang meminang si jelita.

Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenal kemudian bertunang,
Diatas pelamin sama bersatu.

Asal kapas menjadi benang,
Dari benang dibuat kain,
Barang lepas usah dikenang,
Sudah menjadi hak yang lain.

Jalan-jalan ke kota paris,
Banyak rumah berbaris-baris,
Biar mati diujung keris,
Asal dapat dinda yang manis.

Ramailah orang ke gunung ledang,
Mencari air hikmat pusaka,
Apalah guna menghunus pedang,
Jika tergadai maruah agama.

Indah bulan di langit hitam,
Walaupun hitam tampak bercahaya,
Ibarat kasih hati dipinjam,
Jagalah ia agar bahagia.

Kembang setaman bunga kemboja,
Menghiasi taman laman asmara,
Berkasih di dunia nikmat tercipta,
Jangan di lupa siapa yg mencipta.

Burung merak cantik warnanya,
Sama padan ayam serama,
Hendak berkasih apakan daya,
Rupanya si dara sudah berpunya.

Terbang meninggi si burung nuri,
Hendak disaing si burung tempua,
Biarlah kanda hidup bersendiri,
Agar dinda bahagia sentiasa.

Tinggi-tinggi si pokok kelapa,
Jatuh ke bumi di buat sampan,
Bercinta sakan tidaklah ke mana,
Akhirnya nafsu menguasai iman.


Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat, di akhirat hebat.

Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.

Jika dinda pergi ke taman,
Jangan dilupa sepatumu itu,
Kepada dinda kanda beri soalan,
Sudikah dinda menyapa rindu?

Kembang teratai di malam hari,
Suasana nyaman ciptaan illahi,
Cinta disulam tidak menjadi,
Mengapa ini selalu terjadi?

Cebisan Nurkilan Buatmu Sahabat

 Nurkilan : Abdul Razak Nordin a.k.a Ajak

Sahabatku ..
Sudah lama kita bersahabat ..
Dari awal aku tidak mengenalimu ..
Sekarang kau menjadi teman dekatku ..
Awalnya minyak bercampur dengan air ..
Namun masih tidak bersatu
Akhirnya masa berganti masa..
Kita luangkan masa untuk kita bersama
Walaupun bertepuk tampar..
Itu kisah masa lalu kita..
Saat kita belum mengenal..
Lama lama kita makin akrab..
Sampai sampai menjadi sahabat..


 Sahabatku..
Sangat baik niatmu..
Ingin membahagiakan aku selalu..
Semangat itu tak pudar dari hatimu..
Niat itu tak terbatalkan..
Justeru terlaksanakan..
Kini aku bahagia
Menjadi sahabatmu..



Sahabatku..
Kau adalah teman terbaikku..
Walau hanya sekejap
Di depan mata..
Sahabatku..
Kau akan selalu
Menjadi sahabatku…
Selamanya…


Monday 2 January 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum W.B.Q..

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepikan diri dan lebih sibukkan diri dengan kerja dan beribadat kepada Allah seterusnya untuk melupakan kisah yang berlaku, akhinya saya diberikan kekuatan utuk saya menempuh segala dugaan yang datang kepada saya. Terima kasih kepada keluarga dan kawan2 yang banyak memberikan saya semangat. 

Pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu, tahun 2011 melabuhkan tirainya dan 2012 memulakan harinya. Selamat Datang 2012. Saya berharap pada tahun 2012 ini dapat memberikan saya lebih kesejahteraan dan rezeki yang mencurah2 agar dapat saya membantu meringankan beban keluarga. Saya akan lebih berusaha berdikari dan berpijak di atas kaki sendiri. Untuk tahun 2011 sebenarnya tahun yang agak suram bagi saya. Banyak yang berlaku kepada saya. Malas untuk saya memikirkannya lagi. Bagi saya, yang lepas tu lepas. Segala kenangan pahit akan saya tinggalkan dan kenangan manis akan saya bawa bersama.

 
SELAMAT TAHUN 2012

Bagi sahabat2 yang telah melangsungkan perkahwinan mahupun pertunangan, ucapan tahniah saya ucapkan. Doakan saya ada jodoh pada tahun ini. HAHA..Untuk sahabat2 yang lain saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012, semoga kita di berikan kesejahteraan di dunia ini, serta di permudahkan segala urusan. Amin Ya Rabbal Alamin.. 

Wassalam.. :)