Assalamulaikum W.B.Q, Sahabat Sekalian..
Setelah Apa Yang Aku Katakan, Aku Ingin Perkenalkan Diri Aku Kepada Rakan2 Sekalian Dalam Segmen Siapa Aku.. WAH! Dah Macam Dalam Rancangan TV Dah! Haha.. Between Nama Aku Abdul Razak Bin Nordin, Aku Di Lahirkan Pada 09 September 1987 Di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor. Jadi Kira lah Sendiri Berapa Umur Aku!! HAHA.. Muda kan? Ngee.. ^_^ Aku Di Besarkan Oleh Pasangan Suami Isteri Yang Saling Menyayangi Antara 1 Sama Lain, Sanggup Susah Senang Bersama2, Kalau Gaduh Pun Dia Lah Intan, Dia Lah Payung, Dia lah Nyawa! Lovely Couple Lah Orang Kata!! Huhu.. Itu Lah Ayah Dan Ibu Aku Nordin Bin Saeren @ Awaluddin Bin Osman Bersama Pasangannya Patimah Binti Ibrahim. Ramai Yang Tanya.. Eh Jak, Nape Nama Ayah Ko Macam Tu? Ceritanya Gini Kata Ayah Aku.. Dulu Biasa Lah Orang Dulu2 Lagi Minat Nak Belajar Kat Sekolah Berbanding Zaman Kita. Ayah Terpaksa Tukar Surat Beranak Ataupun Pinjam Surat Beranak Kawan Untuk Masuk Ke Sekolah. Ayah Cakap Dulu Susah Nak Dapat Surat Beranak. So, Nama Sebenar Ayah Aku Awaluddin Bin Osman. ^_^
Baik, Aku Teruskan Cerita k.. Aku Anak Bongsu Dari 7 Beradik, Dalam Adik Beradik Ada 6 Lelaki & Sorang Je Pompuan.. 1 Sampai 5 Abang Aku, 6 Kakak Aku, Aku Sesat Masuk Nombor 7! HAHA.. Nama Adik Beradik Aku Pun Ada Sejarahnya.. Mengikut Apa Yang Mak Kata, Nama Anak2 Mak Bukan Semuanya Mak & Ayah Yang Bagi. Mak Cakap Nama Abang Sulong Aku Raduan Bin Nordin, Arwah Atuk Yang Bagi. Abang Kedua Aku Zainudin Bin Nordin, Arwah Bini Pak Long Yang Bagi, Abang Ketiga Aku, Abdul Rahman Bin Nordin (Mak Tak Ingat Sape Bagi! HAHA.. Padan Muke Abang Aku!) Abang Keempat Aku Romazi Bin Nordin, Ayah Yang Bagi Nama. Abang Kelima Saya Zulkarnain Bin Nordin, Mak Aku Bagi Nama. Kakak Aku Yang Sorang Nie, Yang Mak Dok Lama Nunggu! Dah Tentu Lah Mak Bagi Nama! Norzalika Binti Nordin, Huhu.. & Last Sekali.. Yang Bongsu Pulak? Nie Nak Habaq La Nie! Huhu.. MAK TAK INGAT SIAPA YANG BAGI NAMA.. =(
Ini Lah Aku.. ^_^
Aku Mendapat Bimbingan Awal Di Tadika Kemas Kelompok Jaya, Kalau Orang2 Area Shah Alam Kalau Sebut Kelompok Jaya Seksyen 17, Mesti Dorang Cakap Tau.. Femeskan? Mau Tak Femes.. Kalau Bab Gadoh, Area Tu Yang Polis Dok Serbu! HAHA.. So, Aku Tadika Selama Setahun.. Pastu Masuk Sekolah Rendah Kat Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Sehinggalah Tamat Darjah 6. Dulu Semua Sekolah Di Panggil Sekolah Rendah Kebangsaan.. Tapi Masa Aku Darjah 6, Kerajaan Minta Semua Sekolah Rendah Di Tukarkan Kepada Sekolah Kebangsaan. Masa Tu Semua Student Macam Haram Je.. Nyanyi Lagu Sekolah, Still Sebut Sekolah Rendah Kebangsaan. Lidah Kelu Nak Sebut Sekolah Kebangsaan Sebab Dah Terbiasa Kot! HAHAHA.. Tamat Darjah 6, Ayah Daftarkan Aku Kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam Sehingga Tamat Tingkatan 5. Still Lagi Kat Shah Alam! Memang Tak Nak Dok Luar Shah Alam Sebenarnya. Hehe.. Sekolah Kat Situ Mula2 Ayah Tak Nak Masukkan Sebab Rekod Disiplin Sekolah Tu Nak Kate Teruk Memang Lah Teruk, Sebab Ramai Student2 Situ Di Daftarkan Kat Balai Polis Seksyen 15 & Balai Polis Seksyen 11. Hebatkan Sekolah Tu? HAHAHA.. Tapi Ayah Ikotkan Lah Apa Yang Anak Bongsu Dia Nak. Bagi Aku, Kawan2 Lah Yang Terbaik. Aku Masuk Sekolah Tu Pun Sebab Kawan2 Dari Sekolah Rendah Ramai. Kalau Ada Gaduh Memang Kami Akan Turun. Zaman Aku Dulu Seksyen 17 Tak Ngam Dengan Seksyen 24. Masing2 Jaga Kampung! Pantang Kena Usik, Mesti Bergaduh!! Pernah Gak Lah 4 Atau 5 Kali Masuk Balai Pasal Kes Gaduh. Sampai Ayah Pun Kena Pergi Balai, First Nampak Ayah Kat Balai, Dalam Hati Dah Tertanya2, Ayah Ada Buat Salah Ke? Hahah.. Rupa2nya Polis Panggil Ayah Nak Bagi Kaunseling. Bila Sampai Rumah Je, Ayah Tak Cerita Banyak. Teruk Aku Kena! Menangis Aku! Abang Aku Cakap Kat Sekolah Kena Tumbuk Tak Nangis Pulak? Aku Dengar Abang Cakap Macam Tu, Lagi Kuat Saya Nangis!! HAHA. Tapi Mak Sabarkan Aku, Mak Cakap Ayah Buat Semua tu Bersebab. Cuba Ajak Fikir Balik, Ajak Kesekolah Untuk Apa? Seminggu Fikir Baru Dapat Jawapan!! Haakkk Tuih! Timbul 1000 Penyesalan. Tapi Dah Nama Anak Laki, Tahan Sebulan Je Lah, Pastu Buat Balik! Tapi Betul Kata Orang, Kesedaran Akan Timbul Bila Berlaku Peredaran Masa. Kalau Ikotkan Banyak Kenangan Masa Sekolah, Antaranya..
TERBAIK!! HAHA.. ^_^
Alhamdulillah Result SPM Takde Lah Seteruk Mana, Aku Dapat Melanjutkan Pelanjaran Di Kolej Komuniti Dalam Jurusan Landskap & Pengurusan Nurseri. Dapat CGPA 3.23. Pastu Memang Lah Ada Keinginan Nak Sambung Lagi, Aku Minta Dekat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Dapat Bidang Syariah. Tapi Tak Pergi Sebab Masalah Kewangan. Minta Dekat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Dapat Bidang Multimedia. Tapi Tak Pergi Jugak. Aku Minta Dekat Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Dapat Bidang Kewangan Islam. Tu Pun Tak Pergi! Semuanya Atas Sebab2 Yang Sama. Mungkin Rezeki Belajar Aku Sampai Sini Je.
Sekarang Aku Bekerja Dengan Syarikat Ayah. Ayah Dah Pencen JKR, Ayah Ada Syarikat Kontraktor & Aku Jadi Supervisor Dalam Syarikat Ayah. Tapi Dalam Masa Sama Aku Minta Juga Kerja Dengan Agensi Kerajaan. Tapi Belum Ada Rezeki. InsyaAllah, Akan Datang Mana Tau Rezeki Aku.. :) Sekian..~
Assalamulaikum W.B.Q..
6 comments:
Tak tahan betol. BANYAK CAKAP. Haha.mmg yer pn.
Peramah sangat.. haha.. :P
tau xpe. terlebih peramah.
Orang peramah makwe jeles.. ye ke?
pika jeles x? hahaha. 1 persoalan:P kalau jeles yela 2. wahahaha.
mane nak taw die jeles ke x.. haha.. :D
Post a Comment