BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 19 May 2011

Oh! Nasi Lemak..

Assalamulaikum W.B.Q, Sahabat Sekalian..

Aku Tertarik Dengan Isu Larangan Menjual Nasi Lemak Di Sekolah Di Seluruh Negara, Corak Aliran Pemikiran Rakyat Malaysia Nyata Cukup Lembab Untuk Berubah. Rata2nya Masih Berfikir Secara Terperangkap Dalam Kotak Pemikiran Yang Sempit.

Nasi Lemak Ayam! NAK!!! ^_^

Sekolah Dan Cikgu Menjadi Sasaran Akhir, Macam Takde Isu Lain Nak Di Cetuskan Oleh Pihak Kerajaan. Seakan Mengulangi Situasi Sama Ketika Tanah Air Yang Di Kecohkan Dengan Isu Pelajar "Buta Sejarah & Tidak Patriotik". Malah Isu "Kejantanan & Kebetinaan" Juga Sama, Sekolah Juga Di Jadikan Sasaran Agar Pendidikan Seks Di Perkenalkan. Jika Aku Nak Rungkaikan Punca Kesilapan, Jumlahnya Sudah Boleh Melebihi Kerusi & Meja Dalam Biilik Darjah!

Apabila Sahabat Yang Lain Membiacarakan Isu Obesiti Atau Lebih Tepat Lagi GEMUK, Di Samakan Dengan Nasi Lemak, Apakah Kaitannya Berat Badan Dengan Makanan Tradisi Yang Satu Tu Di Sekolah? Banyak Persoalan Yang Perlu Di Jawab. Jika Sahabat Fikir Balik, Kita Di Sekolah Hanya Rehat Dan Berpeluang Makan Hanya Sekali, Yakni Waktu Rehat Pada Pukul 10 Pagi.

Namun, Apa Yang Melucukan Ialah Politik BODOH Dan Aktivis Masyarakat Yang Sentiasa Menyokong Apa Saja Yang Di Katakan Masih Melihat Nasi Lemak Sebagai Punca Pelajar Menjadi Gemuk! Tak Kan Hanya Dengan Menikmati "Sepiring Nasi Lemak" Pada Waktu Pagi Persekolahan, Bolehkah Ia Menjadikan Seseorang Pelajar Itu Gemuk? Munasabahkah Nasi Lemak Diharamkan? Wajarkah Isu Nasi Lemak Ini Di Bentangkan Di Parlimen Yang Di Katakan "Tempat Mulia"?

Budaya "Beli Bungkus" Sudah Menjadi Rutin  Harian Bagi Ibu & Ayah Kita Di Waktu Pagi Untuk Memberi Anak2 Makan. Jika Penjualan Nasi Lemak Diharamkan Di Sekolah, Adakah Pelajar Tidak Akan Membawa Ke Sekolah? Mungkinkah Cikgu2 Akan Merampas Nasi Lemak Pelajar2 Terbabit? Nak Buat Apa Rampas Nasi Lemak, Cikgu Nak Makan? Cikgu Takde Duit? HAHA.. Kenapa Bab Yang Ni Kerajaan Tidak Perhalusi Dahulu?

GEMUK - sekadar gambar hiasan ^_^

Bagi Aku, Pelajar Memerlukan Tenaga Yang Mencukupi Untuk Menghadapi Stress Ketika Berada Di Dalam Kelas, Jika Di Bandingkan Antara Nasi Lemak Dengan Bihun Goreng Mahupun Mee Goreng, Nasi Lemak Yang Banyak Membantu Tenaga Pelajar2 Berada Di Dalam Kelas. Kerana Nasi Mempunyai KALORI Yang Tinggi. Manakala Bihun Goreng & Mee Goreng Mempunyai Minyak Yang Cukup Banyak. Minyak Tak Baik Untuk Kesihatan Lah Gile! ^_^ Menu Apa Yang Sesuai Lagi Untuk Pelajar? Mungkin Nasi Berlauk. Aku Ingat Lagi Masa Aku Darjah 5, Ada Seorang Pelajar Darjah 4 Membawa RM50.00 Ke Sekolah. Cikgu Memanggil Pelajar Berkenaan, Kenapa Bawa Duit Banyak? Macam2 Lagi Cikgu Tanya, Macam Dalam Lokap Pulak. Sekarang, Adakah Pelajar Perlu Membawa Duit Dengan Jumlah Yang Besar, Semata2 Ingin Membeli "Nasi Cikgu"? Memang Jenayah "PAW" Akan Berleluasa Lah Gile!!

Penjual Nasi Lemak Dan Pembekal Nasi Lemak Dari Dulu Sampai Sekarang Adalah Orang Melayu. Umum Tahu, Orang Melayu Memang Pandai Memasak Nasi Lemak. Jadi, Jangan Bunuh Peniaga Kecil "Nasi Lemak" Melayu Dengan Menabur Baja Di Pohon Tebu.

Nasi Lemak Ayam 1!!

Tapi Agak Kelakar Apabila Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Haji Shirlin Menyatakan Keputusan Muktamad Untuk Mengharamkan Penjualan Nasi Lemak Di Sekolah. Tapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Menyatakan Keputusan Belum Muktamad. Haiya! Datuk Rosnah, Apa Cerita? Pisang Berbuah Dua Kali, Dulu Timbul Isu Judi Bola Sempena Piala Dunia Afrika Selatan Yang Di Timbulkan Timbalan Menteri kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin Menyatakan Kerajaan Sudah Mengeluarkan Lesen Kepada Kumpulan Genting. Tapi Mendapat Bantahan Rakyat Malaysia & Najib Tampil Kehadapan Dengan Menyatakan Balik, Lesen Judi Tidak Akan Di Keluarkan. Alahai.. ~ Sekian..

Assalamualaikum W.B.Q..


0 comments: