BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 31 May 2011

Aku & Signboard..

Malam Tu Dah Nak Hujan, Angin Pun Dah Semakin Kuat. Dekat Dalam Hati Aku Dah Cakap Dah "Alamak, Kalau Hujan Ni Macam Mana Aku Nak Pacak Signbord Ni.." Ya Allah, Saudara Mara Aku Dari Johor Dah Nak Sampai Dah Ni. Sambil Tu Abang Aku Pun Bising, Aku Dah Cakapkan Pasang Singboard Siang2. Tapi Aku Cakap Lah Balik, Kalau Nak tengok Jenazah Aku, Aku Ok Je. Gile Ko, Siang2 Nak Pasang Signboard Kereta Dah Lah Banyak. Sia2 Je Mati Katak Aku. Kawan2 Aku Dah Cakap Nak Tolong Pasangkan Signboard Lepas Dorang Tengok Game Piala Sumbangsih, Selangor Lawan Kelantan . Jam Pun Baru Menunjukkan Pukul 8 Malam. Aku Pun Tak Kisah Lah Kan.

Di Sudut Lain, Mak Aku Dengan Saudara2 Yang Lain  Tengah Bungkuskan Kuih Bahulu, Telur Ayam, Dengan Gula2 Dalam Beg Kertas. Mak Kata Benda2 Nie Nak Bagi Dekat Tetamu Yang Datang Kenduri Kakak Kau. Aku Pun Ye Kan Je lah,, Bukan Aku Tak Tahu! Ceh! Sambil Tu Ayah Aku Pulak Tengah Bantu2 Dorang Pasang Pelamin. Sebelum Ni Ayah Cakap Nak Buat Tema Bugis. First Time Aku Tengok Pelamin Orang Bugis. Aku Dah Mula Berangan Dah, Aku Kahwin Nanti Aku Nak Buat Macam Ni Jugak Lah! HAHA.. Masa Tu Aku Tersengeh Lah Sorang2, Almaklum Lah Gedik! ^_^

Jam Dah Menunjukkan Pukul 10.00 Malam, Abang Aku Cakap Kau Ni Nak Pasang Singboard Ke Tak Ni! Ala Game Habis Pukul 10.30 Lah, Nanti Pukul 10.35 ke 10.45 Ke Dorang Datang Lah. Tu Je Lah Cara Aku Nak Lembutkan Hati Abang Aku & Selamatkan Kawan2 Aku. Aku Tak Nak Abang Aku Cakap Macam Mana Cara Kau Berkawan? Dalam Masa Sama Aku Balik Lah Rumah Sebab Aku Tak Abang Aku Bising Depan Aku. Jam Dah Menunjukkan Pukul 10.30 Malam. Aku Bawa Semua Signboard2 Yang Nak Di Pacak Ke Dewan Sebab Aku Dah Cakap Dekat Dorang Nanti Datang Kumpul Kat Dewan. Aku Suka Lah Kan Sebab Kejap Lagi Kawan Aku Datang Bantu. Aku Suka Buat Kerja Dalam Kumpulan. Ayah Pun Dah Bagi Dah RM50.00 Untuk Aku Belanja Kawan2 Aku Makan Dengan Minum. Tapi...............

Jam Dah Menunjukkan Pukul 10.50 Malam, Aku Call Hisham Tapi Hisham Tak Jawab. Banyak Kali Aku Call Hisham. Bila Aku Call Hisham, Hisham Tak Jawab Aku Call Lah Fikri. Alhamdulillah, Fikri Jawab. Aku Tanya Fikri Korang Kat Mana Ni? Fikri Cakap Dekat Seksyen 7 Tengah Makan. Aku Dah Tersentak Dah! Kenapa Majlis Kenduri Kawan Korang Tak Datang Dulu? Aku Ni Siapa? Mana Janji Korang Nak Tolong Aku? Macam2 Bermain Kat Kepala Hotak Aku. Aku Suruh Fikri Bagi Aku Bercakap Dengan Hisham. Aku Cakap Kat Hisham, "Kenduri Kahwin Kakak2 Kau Mula Dari Along, Kemudian Kak Noni, Aku Tak Pernah Tak Datang Tolong, Mula Dari Pasang Khemah Sampai Habis Majlis, Aku Ada Lagi. Macam Ni Ke Kau Balas Balik Kat Aku? Ayah Aku Dah Mula Bising, Tadi Abang Aku Yang Bising. Kau Suka Ke Kalau Mak Ayah Kau Bising?" Air Mata Aku Dah Mula Jatuh. Hisham Pun Kata, Lepas Makan Nanti Kitaorang Darang Lah. Lapar Ni Jak. Aku Redha Je Lah. Aku Pun Tunggu.

Dalam Masa Sama Semua Dah Mula Marah Aku, Bila Kau Nak Pasang Signboard! Aku Cakap Dorang Dah Sampai Dah, Dorang Tunggu Kat Padang Jawa. Padahal Mana Ada! Aku Start Motor, Aku Pun Gerak Sorang Dengan Bawa Signboard, Hammer, Paku Tekan & Salotape. Aku Dah Nekad, Jam Pun Dah Menunjukkan Pukul 11.30 Malam, Tapi Dorang Tak Sampai Lagi. Hujan Dah Mula Turun. Aku Takde Nak Berteduh, Aku Pasrah, Lillahitaala! Aku Nak Majlis Kenduri Kahwin Kakak Aku Berjalan Lancar. Tugas Aku Satu Je Abang Aku Bagi, Pasang Singboard. Kalau Apa2 Terjadi Dekat Aku, Aku Harap Kawan Aku Dapat Berfikir Macam Ni Ke Cara Dorang Layan Aku. Satu Ke Satu Tempat Aku Pasang. Signboard Punya Banyak, Bayangkan 30 Signboard Aku Letak Atas Bakul Motor. Terhoyong Hayang Aku! Tu Pun Ada Baki 15 Lagi Dekat Rumah. Sepanjang Masa Aku Tak Henti Mengalirkan Air Mata Memikirkan Kawan Yang Takde Perasaan Ingin Membantu. Sedangkan Aku Selalu Membantu Kalau Melibatkan Kenduri Kahwin, Kematian, Korban, & Tahlil.

Jam Dah Pukul 12.30 Malam, Masa Aku Tengah Pasang Signboard Kat Padang Jawa. Dorang Sampai Dengan 3 Biji Motor. Hisham Dengan Motor Besar Dia. Hisham Tanya Aku, Kat Mana Nak Pasang Lagi? Aku Jadi Bisu Masa Tu. Aku Teruskan Perjalanan Menuju Ke Seksyen 16, Sepanjang Atas Motor Aku Mengalirkan Air Mata. Dorang Ikot Je Lah Aku Dari Belakang. Aku Berhenti Dorang Pun Berhenti. Mungkin Sebab Masa Tu Hujan, Dorang Tak Nampak Aku Mengalirkan Air Mata. Masa Aku Berhenti Kat Seksyen 16, Omar Amik Separuh Signboard Dekat Atas Bakul Motor Aku. Omar & Hisham Pergi Pacak Dekat Tempat Yang Belum Aku Pacak. Aku Teruskan Perjalanan Aku, Yang Ikot Aku Dari Belakang Fikri & Ezwan.

Selesai Tugas Aku Pasang Signboard, Aku Bawa Dorang Ke Dewan. Aku Nak Tunjuk Kat Ayah Dan Abang2 Aku, Kawan Aku Tolong Aku Tadi. Aku Bawa Dorang Minum Dekat Restoran Mamak Sebab Ayah Aku Dah Bagi RM50.00 Untuk Aku Belanja Kawan2.

*Nama-Nama Di Atas Telah Di Ubah Untuk Menjaga Hati.

Sunday, 22 May 2011

Aku Dan Sahabat Karib...

Assalamulaikum W.B.Q, Sahabat Sekalian..

Sahabat, Kawan, Teman, Rakan, Friend.. Itu Yang Akan Aku Cerita Pada Hari Ini. Aku Lebih Selesa Membahasakan Mereka2 Ini Sebagai Sahabat. Korang Pun Mesti Ada Sahabatkan? Tapi Berapa Ramai Sahabat Korang Yang Sanggup Susah Senang Bersama Korang Tika Korang Susah & Mengharapkan Sahabat2 Ini Ada Bagi Meredakan Keresahan Korang? Bukan Wang Ringgit Yang Kita Minta Tapi Bagi Kita Sahabat2 Lah Antara Tempat Untuk Kita Berkongsi Rahsia & Masalah. Sahabat Yang Aku Maksudkan Sahabat Karib Atau Teman Rapat.

Kalau Nak Ikutkan Aku Ada Beribu Sahabat, TAPI Bagi Sahabat Karib Aku Tidak Mempunyai Ramai. Boleh Di Bilang Dengan Jari.  Tika Aku Saya Jatuh Tersungkur, Tika Saya Gelisah, Tika Saya Dalam Kepayahan, Tika Saya Mengalami Krisis, Tika Saya Putus Cinta! Ehe.. ^_^ Mereka Lah Tempat Aku Meluahkan Segala2nya. Aku Akan Menceritakan Mengenai Mereka Untuk Aku Abdikan Di Dalam Blog Aku.

EKHWAN
Nama Jejaka Tampan  Ni, Yang Juga Sahabat Karib Pertama Aku Ialah Mohd Ekhwan. Aku Panggil Dia Pulot Je, HEHE.. Sebab Ayah Die Suka Sebut Pulot Kalau Pergi Mana, Sampai Aku Dengan Sahabat Lain Pun Ayah Dia Panggil Pulot. Mungkin Ada Kisah La Tu Kot Ayah Dia Dengan Pulot. Tapi Bukan Pasal Ayah Dia Aku Nak Cerita!! Aku Berkawan Dengan Ekhwan Sudah 20 Tahun. Sebelum Masuk Tadika Lagi Aku Dah Kenal Dia. Kami Tadika Bersama2 Di Tadika Kemas Kelompok Jaya Seksyen 17, Shah Alam. Sekolah Rendah Pun Sama, Sekolah Menengah Pun Sama! Jadi Korang Boleh Bayangkan Kan Betapa Rapatnya Kami! Bagi Aku Dia Adalah Pendengar Yang Baik, Suka Bagi Nasihat, & Macam2 Lagi.

EPUL
Bagi Korang Yang Mengikuti Dan Membaca Blog Aku Yang Lepas2 Aku Ada Menceritakan Mengenai "Semoga Cepat Sembuh".. Ingat Lagi Tak Saiful Rizal Atau Epul? Dia Tolong Menghantar Omar Yang Koyak Di Lutut Sehingga Menampakkan Tisu Dan Daging Ketika Main Futsal. Epul Lah Yang Membantu Menghantar Omar Ke Hospital Klang. Dari Situ Aku Pasti Korang Pun Sudah Menilai Keperibadian Dia Kan? Aku Berkawan Dengan Epul Dah Hampir 20 Tahun. Saya Ingat Lagi Semasa Dia & Keluarga  Berpindah Berhampiran Dengan Rumah Aku. Aku Dengan Sahabat2 Lain Tengah Main Bola Di Padang. Tiba2 Pulak Epul Datang & Bertanya Kat Aku Dengan Begitu Sopan Sekali. . "Abang, Boleh Tumpang Main Bola Sekali?" Ala, Ayat Budak Baru, Faham2 Je Lah! HAHA.. Mula2 Je Lah Abang, Lepas Tu Aku Kau Lah! HUHU.. Dari Situ Kami Saling Mengenali & Dari Situ Kami Mula Berkawan. Epul Ni Anak Lelaki Tunggal. Ada 2 Orang Kakak Dan Seorang Adik. Nak Kenal Dengan Adik Dia? Boleh Je.. HEHE.. jUST jOKE! :))

FAIZ
Dia Peminat Setia Kelab AC MILAN, Dia Minat Pemain Bola Sepak Brazil KAKA, Dia Muhammad Faiz Bin Tazaruddin Atau Faiz. Hampir 20 Tahun Aku Berkawan Dengan Dia. Dalam Antara Sahabat2 Karib Aku Yang Lain, Dia Ni Yang Paling Aktif Main Bola Sepak Atau Futsal. Dia Sekarang Belajar Kat UTEM Ambil Jurusan Ijazah Mekanikal. Selalunya Kalau Dia Balik Shah Alam, Dia Yang Selalu Arrange Untuk Budak2 Lain Main Bola Sepak Atau Futsal. Ayah Dia Pengurus Bola Sepak Team JKR Mekanikal Shah Alam.

ILAN
Si Jejaka Tinggi Lampai Ni Nama Dia Mohd Izlan Bin Mohd Musai Atau Ilan. Baru Tamat Pengajian Di Politeknik Sungai Petani, Ambil Jurusan Diploma Kejuruteraan Awam. Aku Bersahabat Dengan Dia Hampir 5 Tahun. Walaupun Orang Kata 5 Tahun Ialah Masa Yang Singkat Untuk Kita Mengiktiraf Seseorang Itu Sahabat Baik. Bagi Aku, Dia Lain Dari Yang Lain. Ciri2 Dan Perwatakan Dia Memang Aku Suka. Aku Suka Bersahabat Dengan Dia. Jika Dia Nak Balik Shah Alam, Dia Akan Bagitahu Macam Ni, "Ajak, Minggu Ini Aku Balik, Lepak Jom!" Memang Aku Suka Lah Kalau Cara Macam Tu, Atleast Dia Tak Lupa Aku. Lagi Pun Dia Jenis Tak Berkira Kalau Pasal Duit, Sebab Dia Percaya Pada Rezeki.

WAN
Ewah, Bergaya Kan Dia? Huhu.. Nama Dia Mohd Izwan Bin Mohd Musai, Ops! Kenapa Nama Lebih Kurang Sama Je Dengan Mamat Tinggi Lampai Atas Tu? Aha! Untuk Pengetahuan Korang, Dia Adalah Abang Kepada Ilan. Aku Panggil Dia Wan. Graduan UPM Dengan Mengambil Jurusan Ijazah Teknologi Maklumat Dan Sumber Manusia. Aku Berkawan Dengan Dia Sebenarnya Dah Lama Dah, Semenjak Dari Zaman Sekolah Rendah Lagi. Tapi Dah Jadi Lumrah, Habis Sekolah Rendah Masing2 Dapat Sekolah Berlainan. Dia Sekolah Di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang & Aku Tetap Di Shah Alam. Macam Mana Boleh Jumpa Balik? Kebetulan Pilihanraya 2008, Aku Jaga Di Pondok Panas PAS Untuk Semakan Daftar Pengundi, Kebetulan Ayah Dia Pun Ada Jaga Sama.  Dari Situ Ayah Dia Dok Cerita Pasal Dia. Dia Dari Zaman Sekolah Rendah Memang Minat Bidang Seni Suara. Juara Azan, Nasyid & Hafazan Quran. Alhamdulillah, Dah Jadi Artis Nasyid Sekarang. KUMPULAN NICE. Nak Tengok Gambar Dia? Jom! :)


NEXT

Alip

Agak Poyo Kan Mamat Nie? HAHA.. Die Takde Lah Poyo Sangat, Sikit2 Je. Aku Pun Ada Poyo Aku Gak. Korang Jangan Kata Korang Tak Poyo!! HAHA.. Nama Dia Alif Azharie, Aku Panggil Dia Alip. Aku Kenal Dia Sama Macam Ilan, Hampir 5 Tahun. Dia Ni Dulu 1 Kelas Dengan EX-GF Aku. Hihi.. Siapa? Tanyalah Mamat Nie! Alip Bagi Aku Dia Pendengar Yang Baik, Suka Cari Duit Sendiri. Dia Pandai Repair HP Dengan Laptop. Kalau HP Dengan Laptop Korang Rosak, Hantar La Kat Dia Ni. Promote Sikit! Huhu.. Dia Sama Macam Wan, Minat Bidang Seni Suara. Pernah Join Akademi Nasyid Terbitan TV9 Dengan Kumpulannya D'vision. Kemudian Tamat Akademi Nasyid, Join Pulak Muslim Voice. Kepakaran Sahabat Aku Ni Dia Pandai Buat Lagu/Lirik. Komposer Lah Orang Kata. Lagu Dia Pernah Masuk Radio. Jom Tengok Gambar Dia Ni Sepanjang Jadi Artis. :)


Seterusnya. ~

ATHIRAH

Tu Dia Gengster Pompuan Dah Mai Dah.. Import Dari Temerloh Pahang, HAHA.. :D Baru Tamat Diploma Syariah Di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Perkenalan Yang Singkat Tak Sampai Pun 2 Tahun Tapi Aku Tahu Dia Sepupu Mail Lambung. Nama Si Gadis Manis Ni, Athirah Nadhirah Binti Johari, Lahir Tahun 1990. Banyak Juga Rahsia Dia Yang Aku Tahu, Kalau Yang Lain Nak Tahu apa rahsia Dia, PM Aku Lah Ye. HAHA.. PM Pun Aku Tak Tahu Ape Dia! Pui!! Aktif Dalam Dalam Bidang Mengadap Laptop, Siang Malam On9 Je Keje Dia. Seorang Yang Bagi Aku Happy, Tak Banyak Karenah Dan Suka Tolong Orang. Blog Aku Ni, Dia Lah Yang Tolong Buatkan. Aku Tak Paksa Pun.. Hehe.. ^_^ Ada Kenalan Di Seluruh Dunia, Jordan Ada, Mesir Ada, TURKI Pun Ada! (Bengang) HAHA.. Bagi Aku, Berkenalan Dengan Dia Adalah 1 Anugerah Dari Allah Yang 1.

FATIN

Ewah, Siap Posing Peace Lagi. Cik Kak Nak Minum Ke Nak Peace? HAHA.. Nama Cik Kak Ni Nur Fatin Binti Rossien, Asal Melaka. Baru Tamat Kolej Kejururawatan Di Nilai Dan Bakal Menjadi Sorang Jururawat. Orangnya Simple, Steady Dan Suka Menjawab! HAAAAKKKK TUIH!! Agak Lama Lah Kenal Dengan Dia, Kenal Melalui Laman Sosial Tak Tak Berapa Nak Popular, Friendster! HAHA.. Dia Kenalan Kepada Adik Angkat Aku Sebab Belajar Sama Tempat. Kawan2 Dia Panggil Dia Aten, Tapi Aku Panggil Dia Kongkang. Sebab Apa? Takde Sebab Pun! HAHA.. Dia Antara Teman Rapat Aku, Dia Lah Tempat Aku Luahkan Apa Yang Aku Rasa. Aku Minta Semangat Pun Dari Dia. Aku Harap Suatu Hari Nanti Aku Dapat Jumpa Dia. InsyaAllah..

Ada Lagi 2 Atau 3 Orang Yang Aku Tak Ceritakan, Aku Nak Curi Gambar Korang! HAHA.. Nanti Aku Update Ok! ^_^

Bagi Aku, Korang Lah Sahabat Korang Lah Teman. Aku Harapkan Korang Bimbing Aku, Nasihat Aku, Tegur Aku Kalau Aku Melakukan Kesilapan. Korang Sahabat Aku Dunia & Akhirat. Aku Sayang Korang. Aku Sayang Sahabat Aku. Sekian.. ~

Assalamualaikum W.B.Q..







Thursday, 19 May 2011

Oh! Nasi Lemak..

Assalamulaikum W.B.Q, Sahabat Sekalian..

Aku Tertarik Dengan Isu Larangan Menjual Nasi Lemak Di Sekolah Di Seluruh Negara, Corak Aliran Pemikiran Rakyat Malaysia Nyata Cukup Lembab Untuk Berubah. Rata2nya Masih Berfikir Secara Terperangkap Dalam Kotak Pemikiran Yang Sempit.

Nasi Lemak Ayam! NAK!!! ^_^

Sekolah Dan Cikgu Menjadi Sasaran Akhir, Macam Takde Isu Lain Nak Di Cetuskan Oleh Pihak Kerajaan. Seakan Mengulangi Situasi Sama Ketika Tanah Air Yang Di Kecohkan Dengan Isu Pelajar "Buta Sejarah & Tidak Patriotik". Malah Isu "Kejantanan & Kebetinaan" Juga Sama, Sekolah Juga Di Jadikan Sasaran Agar Pendidikan Seks Di Perkenalkan. Jika Aku Nak Rungkaikan Punca Kesilapan, Jumlahnya Sudah Boleh Melebihi Kerusi & Meja Dalam Biilik Darjah!

Apabila Sahabat Yang Lain Membiacarakan Isu Obesiti Atau Lebih Tepat Lagi GEMUK, Di Samakan Dengan Nasi Lemak, Apakah Kaitannya Berat Badan Dengan Makanan Tradisi Yang Satu Tu Di Sekolah? Banyak Persoalan Yang Perlu Di Jawab. Jika Sahabat Fikir Balik, Kita Di Sekolah Hanya Rehat Dan Berpeluang Makan Hanya Sekali, Yakni Waktu Rehat Pada Pukul 10 Pagi.

Namun, Apa Yang Melucukan Ialah Politik BODOH Dan Aktivis Masyarakat Yang Sentiasa Menyokong Apa Saja Yang Di Katakan Masih Melihat Nasi Lemak Sebagai Punca Pelajar Menjadi Gemuk! Tak Kan Hanya Dengan Menikmati "Sepiring Nasi Lemak" Pada Waktu Pagi Persekolahan, Bolehkah Ia Menjadikan Seseorang Pelajar Itu Gemuk? Munasabahkah Nasi Lemak Diharamkan? Wajarkah Isu Nasi Lemak Ini Di Bentangkan Di Parlimen Yang Di Katakan "Tempat Mulia"?

Budaya "Beli Bungkus" Sudah Menjadi Rutin  Harian Bagi Ibu & Ayah Kita Di Waktu Pagi Untuk Memberi Anak2 Makan. Jika Penjualan Nasi Lemak Diharamkan Di Sekolah, Adakah Pelajar Tidak Akan Membawa Ke Sekolah? Mungkinkah Cikgu2 Akan Merampas Nasi Lemak Pelajar2 Terbabit? Nak Buat Apa Rampas Nasi Lemak, Cikgu Nak Makan? Cikgu Takde Duit? HAHA.. Kenapa Bab Yang Ni Kerajaan Tidak Perhalusi Dahulu?

GEMUK - sekadar gambar hiasan ^_^

Bagi Aku, Pelajar Memerlukan Tenaga Yang Mencukupi Untuk Menghadapi Stress Ketika Berada Di Dalam Kelas, Jika Di Bandingkan Antara Nasi Lemak Dengan Bihun Goreng Mahupun Mee Goreng, Nasi Lemak Yang Banyak Membantu Tenaga Pelajar2 Berada Di Dalam Kelas. Kerana Nasi Mempunyai KALORI Yang Tinggi. Manakala Bihun Goreng & Mee Goreng Mempunyai Minyak Yang Cukup Banyak. Minyak Tak Baik Untuk Kesihatan Lah Gile! ^_^ Menu Apa Yang Sesuai Lagi Untuk Pelajar? Mungkin Nasi Berlauk. Aku Ingat Lagi Masa Aku Darjah 5, Ada Seorang Pelajar Darjah 4 Membawa RM50.00 Ke Sekolah. Cikgu Memanggil Pelajar Berkenaan, Kenapa Bawa Duit Banyak? Macam2 Lagi Cikgu Tanya, Macam Dalam Lokap Pulak. Sekarang, Adakah Pelajar Perlu Membawa Duit Dengan Jumlah Yang Besar, Semata2 Ingin Membeli "Nasi Cikgu"? Memang Jenayah "PAW" Akan Berleluasa Lah Gile!!

Penjual Nasi Lemak Dan Pembekal Nasi Lemak Dari Dulu Sampai Sekarang Adalah Orang Melayu. Umum Tahu, Orang Melayu Memang Pandai Memasak Nasi Lemak. Jadi, Jangan Bunuh Peniaga Kecil "Nasi Lemak" Melayu Dengan Menabur Baja Di Pohon Tebu.

Nasi Lemak Ayam 1!!

Tapi Agak Kelakar Apabila Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Haji Shirlin Menyatakan Keputusan Muktamad Untuk Mengharamkan Penjualan Nasi Lemak Di Sekolah. Tapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Menyatakan Keputusan Belum Muktamad. Haiya! Datuk Rosnah, Apa Cerita? Pisang Berbuah Dua Kali, Dulu Timbul Isu Judi Bola Sempena Piala Dunia Afrika Selatan Yang Di Timbulkan Timbalan Menteri kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin Menyatakan Kerajaan Sudah Mengeluarkan Lesen Kepada Kumpulan Genting. Tapi Mendapat Bantahan Rakyat Malaysia & Najib Tampil Kehadapan Dengan Menyatakan Balik, Lesen Judi Tidak Akan Di Keluarkan. Alahai.. ~ Sekian..

Assalamualaikum W.B.Q..


Thursday, 12 May 2011

Semoga Cepat Sembuh..

Assalamualaikum W.B.Q, Sahabat Sekalian..

Hari Ni Saya Dapat Berita Mengejutkan Dari Sahabat Saya, Saiful Rizal Atau Epul. Dia Bagitahu Saya Omar Mokhtar Atau Omar (Dia Pun Sahabat Saya) Injured Main Futsal. Kat Kepala Hotak Saya Dah Pikir Dah, Ala... Main Futsal Je Kot, Bukan Teruk Mana Pun. Tapi Bila Dia Cakap Dia Hantar Omar Pergi Klinik Dr. Rosli Di Seksyen 18, Pada Jam 1.30 Pagi, Tapi Pihak Dr. Rosli Tak Dapat Terima Pesakit Yang Mengalami Kecederaan Macam Tu, Dia Minta Agar Di Buat Pemeriksaan Di Hospital Klang. So, Nak Tak Nak Kena Lah Bawa Omar Ke Hospital Klang. Jadi Bila Epul Kabar Macam Tu, Hati Saya Berkata2.. Ya Allah! Teruk Sangat Kah Kecederaan Sahabatku? Saya Cuba Telefon Abang Omar, Usop. Tapi Panggilan Tak Berjawab. Saya Ingat Kalau Usop Jawab, Saya Nak Ajak Dia Pergi Ke Hospital Klang. Tapi Mungkin Dia Tidur Kot! Ye Lah, Masa Pun dah Pukul 2 Pagi.

Dalam Masa Sama Epul Update Cerita Dia Kat Hospital Bersama Omar. Epul Memberitahu Saya Melalui Facebook, Lutut Omar Koyak Sehingga Menampakkan Daging Dan Tisu. Saya Pun Kata! Gila Lah!!
Apa Yang Saya Suka Mengenai Epul, Dia Akan Sentiasa Membantu Sahabat2nya Yang Lain Tak Kira Masa, Ketika Dan Tempat. Saya Sudah Berkawan Dengan Epul Dan Omar Hampir 20 Tahun. Bermacam Susah Senang Yang Kami Lalui Bersama. Mengenai Omar Pula, Dia Baru Mendapat Keputusan SPM. Alhamdulillah, Dia Di Terima Masuk Ke UiTM Segamat Dan Beliau Akan Daftar Penghujung Bulan Ni Kot InsyaAllah, Akan Datang Saya Akan Menceritakan Mengenai Mereka Dan Sahabat2 Saya Yang Lain.. :))

Doktor Sudah Pun Menjahit Kesan Koyakan Pada Lutut Omar, Saya Berdoa Dan Berharap Dia Cepat Sembuh Dan Dapat Mendaftarkan Diri Ke UiTM. Doa Sahabat Yang Lain Akan Sentiasa Mengiringi. Untuk Epul, Tahniah Sebab Sudah Melakukan Fardu Kifayah Yang Menuntut Manusia Membantu Sesama Manusia. Amal Yang Baik Allah Akan Memberikan Ganjaran. Walaupun Tidak Di Dunia, InsyaAllah Di Akhirat. Ingin Saya Menunjukkan Kecederaan Yang Di Alami Oleh Omar.. Tengok Lah Kalau Berani.. ^_^
Sekian.. ~

Assalamualaikum W.B.Q..

 
TAKUT!!

Omar (Baju Putih), Epul (Kanan, Belakang)




Wednesday, 11 May 2011

Siapa Aku?

Assalamulaikum W.B.Q, Sahabat Sekalian..

Setelah Apa Yang Aku Katakan, Aku Ingin Perkenalkan Diri Aku Kepada Rakan2 Sekalian Dalam Segmen Siapa Aku.. WAH! Dah Macam Dalam Rancangan TV Dah! Haha.. Between Nama Aku Abdul Razak Bin Nordin, Aku Di Lahirkan Pada 09 September 1987 Di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor. Jadi Kira lah Sendiri Berapa Umur Aku!! HAHA.. Muda kan? Ngee.. ^_^ Aku Di Besarkan Oleh Pasangan Suami Isteri Yang Saling Menyayangi Antara 1 Sama Lain, Sanggup Susah Senang Bersama2, Kalau Gaduh Pun Dia Lah Intan, Dia Lah Payung, Dia lah Nyawa! Lovely Couple Lah Orang Kata!! Huhu.. Itu Lah Ayah Dan Ibu Aku Nordin Bin Saeren @ Awaluddin Bin Osman Bersama Pasangannya Patimah Binti Ibrahim. Ramai Yang Tanya.. Eh Jak, Nape Nama Ayah Ko Macam Tu? Ceritanya Gini Kata Ayah Aku.. Dulu Biasa Lah Orang Dulu2 Lagi Minat Nak Belajar Kat Sekolah Berbanding Zaman Kita. Ayah Terpaksa Tukar Surat Beranak Ataupun Pinjam Surat Beranak Kawan Untuk Masuk Ke Sekolah. Ayah Cakap Dulu Susah Nak Dapat Surat Beranak. So, Nama Sebenar Ayah Aku Awaluddin Bin Osman. ^_^

Baik, Aku Teruskan Cerita k.. Aku Anak Bongsu Dari 7 Beradik, Dalam Adik Beradik Ada 6 Lelaki & Sorang Je Pompuan.. 1 Sampai 5 Abang Aku, 6 Kakak Aku, Aku Sesat Masuk Nombor 7! HAHA.. Nama Adik Beradik Aku Pun Ada Sejarahnya.. Mengikut Apa Yang Mak Kata, Nama Anak2 Mak Bukan Semuanya Mak & Ayah Yang Bagi. Mak Cakap Nama Abang Sulong Aku Raduan Bin Nordin, Arwah Atuk Yang Bagi. Abang Kedua Aku Zainudin Bin Nordin, Arwah Bini Pak Long Yang Bagi, Abang Ketiga Aku, Abdul Rahman Bin Nordin (Mak Tak Ingat Sape Bagi! HAHA.. Padan Muke Abang Aku!) Abang Keempat Aku Romazi Bin Nordin, Ayah Yang Bagi Nama. Abang Kelima Saya Zulkarnain Bin Nordin, Mak Aku Bagi Nama. Kakak Aku Yang Sorang Nie, Yang Mak Dok Lama Nunggu! Dah Tentu Lah Mak Bagi Nama! Norzalika Binti Nordin, Huhu.. & Last Sekali.. Yang Bongsu Pulak? Nie Nak Habaq La Nie! Huhu.. MAK TAK INGAT SIAPA YANG BAGI NAMA.. =(

Ini Lah Aku.. ^_^
Aku Mendapat Bimbingan Awal Di Tadika Kemas Kelompok Jaya, Kalau Orang2 Area Shah Alam Kalau Sebut Kelompok Jaya Seksyen 17, Mesti Dorang Cakap Tau.. Femeskan? Mau Tak Femes.. Kalau Bab Gadoh, Area Tu Yang Polis Dok Serbu! HAHA.. So, Aku Tadika Selama Setahun.. Pastu Masuk Sekolah Rendah Kat Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Sehinggalah Tamat Darjah 6. Dulu Semua Sekolah Di Panggil Sekolah Rendah Kebangsaan.. Tapi Masa Aku Darjah 6, Kerajaan Minta Semua Sekolah Rendah Di Tukarkan Kepada Sekolah Kebangsaan. Masa Tu Semua Student Macam Haram Je.. Nyanyi Lagu Sekolah, Still Sebut Sekolah Rendah Kebangsaan. Lidah Kelu Nak Sebut Sekolah Kebangsaan Sebab Dah Terbiasa Kot! HAHAHA.. Tamat Darjah 6, Ayah Daftarkan Aku Kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam Sehingga Tamat Tingkatan 5. Still Lagi Kat Shah Alam! Memang Tak Nak Dok Luar Shah Alam Sebenarnya. Hehe.. Sekolah Kat Situ Mula2 Ayah Tak Nak Masukkan Sebab Rekod Disiplin Sekolah Tu Nak Kate Teruk Memang Lah Teruk, Sebab Ramai Student2 Situ Di Daftarkan Kat Balai Polis Seksyen 15 & Balai Polis Seksyen 11. Hebatkan Sekolah Tu? HAHAHA.. Tapi Ayah Ikotkan Lah Apa Yang Anak Bongsu Dia Nak. Bagi Aku, Kawan2 Lah Yang Terbaik. Aku Masuk Sekolah Tu Pun Sebab Kawan2 Dari Sekolah Rendah Ramai. Kalau Ada Gaduh Memang Kami Akan Turun. Zaman Aku Dulu Seksyen 17 Tak Ngam Dengan Seksyen 24. Masing2 Jaga Kampung! Pantang Kena Usik, Mesti Bergaduh!! Pernah Gak Lah 4 Atau 5 Kali Masuk Balai Pasal Kes Gaduh. Sampai Ayah Pun Kena Pergi Balai, First Nampak Ayah Kat Balai, Dalam Hati Dah Tertanya2, Ayah Ada Buat Salah Ke? Hahah.. Rupa2nya Polis Panggil Ayah Nak Bagi Kaunseling. Bila Sampai Rumah Je, Ayah Tak Cerita Banyak. Teruk Aku Kena! Menangis Aku! Abang Aku Cakap Kat Sekolah Kena Tumbuk Tak Nangis Pulak? Aku Dengar Abang Cakap Macam Tu, Lagi Kuat Saya Nangis!! HAHA. Tapi Mak Sabarkan Aku, Mak Cakap Ayah Buat Semua tu Bersebab. Cuba Ajak Fikir Balik, Ajak Kesekolah Untuk Apa? Seminggu Fikir Baru Dapat Jawapan!! Haakkk Tuih! Timbul 1000 Penyesalan. Tapi Dah Nama Anak Laki, Tahan Sebulan Je Lah, Pastu Buat Balik! Tapi Betul Kata Orang, Kesedaran Akan Timbul Bila Berlaku Peredaran Masa. Kalau Ikotkan Banyak Kenangan Masa Sekolah, Antaranya..

TERBAIK!! HAHA.. ^_^

Alhamdulillah Result SPM Takde Lah Seteruk Mana, Aku Dapat Melanjutkan Pelanjaran Di Kolej Komuniti Dalam Jurusan Landskap & Pengurusan Nurseri. Dapat CGPA 3.23. Pastu Memang Lah Ada Keinginan Nak Sambung Lagi, Aku Minta Dekat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Dapat Bidang Syariah. Tapi Tak Pergi Sebab Masalah Kewangan. Minta Dekat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Dapat Bidang Multimedia. Tapi Tak Pergi Jugak. Aku Minta Dekat Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Dapat Bidang Kewangan Islam. Tu Pun Tak Pergi! Semuanya Atas Sebab2 Yang Sama. Mungkin Rezeki Belajar Aku Sampai Sini Je.

Sekarang Aku Bekerja Dengan Syarikat Ayah. Ayah Dah Pencen JKR, Ayah Ada Syarikat Kontraktor & Aku Jadi Supervisor Dalam Syarikat Ayah. Tapi Dalam Masa Sama Aku Minta Juga Kerja Dengan Agensi Kerajaan. Tapi Belum Ada Rezeki. InsyaAllah, Akan Datang Mana Tau Rezeki Aku.. :) Sekian..~

Assalamulaikum W.B.Q..

Salam Ukhuwah & Jutaan Terima Kasih..

Assalamualaikum W.B.Q.. Buat Sahabat Sekalian,

Setelah Lama Mengidam, Akhirnya Terhasil Juga Blog Yang Aku Nanti2Kan Di atas Bantuan Sahabat Aku debuancintaalhamra.blogspot.com (Athirah Nadhirah Binti Mohd Johari) Semoga Beliau Di Dalam Keadaan Sihat Selalu.. Amin. ~

Tujuan Terhasil Blog Ini Bukan Untuk Meraih Publisiti Murahan Ataupun Membuat Kontroversi. Tetapi Lebih Ke arah Ikatan Sesama Insan, Isu Semasa, Kekeluargaan & Kisah Peribadi Aku Sendiri. Semoga Sahabat Sekalian Akan Sentiasa Menjenguk Blog Aku Ok.. Haha.. Tak Taw Malu! ^_^

Pape Pun Have A Nice Day.. InsyaAllah Di Masa Akan Datang Aku Akan Menceritakan Kisah Aku & Siapa Aku.. Jam Pun Dah Nak Masuk Pukul 5 Pagi, Subuh Pun Dah Nak Dekat..  SEKIAN.. ~

Assalamualaikum W.B.Q.. ^_^