BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 24 July 2011

Selamat Hari Lahir ke 21 Athirah

25 JULAI 1990

Hari Lahir Seorang sahabat aku. Siapa? Namanya Athirah Nadhirah binti Johari. Sepupu Mail Lambung. HAHA.. Tarikh 25 Julai 2011, genaplah usia dia menjangkau 21 tahun. Seronok bebenor dia ha! Seronok sebab apa? Ye lah, dah boleh daftar mengundi dah, orang kuat Parti Islam Se-Malaysia tu weh! HAHA.. Tapi yang dia tunggu2 kan, dah boleh kawen dah tahun ni, Tu pun selagi dia tak kene lempor senduk dengan mak dia. HAHA.. 

Bagi aku, aku sifatkan dirinya seorang sahabat yang baik, bertanggungjawab, suka bagi nasihat yang berguna, suka memendam apa yang dia rasa. Di usia yang bakal menjangkau 21 tahun aku harapkan ikatan persahabatan yang lebih telus. Wah! Dah macam pilihanraya dah! HAHA.. Aku senang dan selesa berkawan dengan dia. Ops! Lupa, minggu lepas mak aku takde kat umah seminggu. Dia ni lah yang aku suruh kejut aku bangun tido untuk aku pergi keje. Bukan dia ni je, ada lah 3 orang lagi yang aku minta kejutkan. Maaf lah ye jika aku menyusahkan. Aku ni liat sikit nak bangun pagi. HAHA.. Memang dalam seminggu tu dia yang kejut aku bangun. Dulu jika aku ada gf aku suruh gf aku kejut. Tapi maybe takde jodoh kot. 

Ha! Aku dah janji dah dengan dia, aku nak belikan dia topup sebagai terima kasih aku kat dia sebab kejut aku. Kena pulak 25 haribulan memang tarikh aku gaji!! Haram Jadah.. Rabak aku! HAHA.. Ala, 5 Ringgit je kan? kalo ada lagi topup 3 ringgit, memang 3 ringgit yang aku bagi kat dia. Tapi aku tak kisah sangat jika di bandingkan masa yang dia korbankan untuk kejut aku. Aku memang terhutang budi dengan dia. Dia yang lulusan Diploma Syariah di Kolej Universitu Islam Selangor, memang antara sahabat yang akan aku ingat sampai akhir hayat aku. Aku harap impian dia untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam tahun ni tercapai. InsyaAllah.. Harapan aku untuk dia, Jaga diri, Jaga Kesihatan, Ingat Allah Selalu, Ingat Keluarga, Belajar Rajin2, Jangan Lupa kawan2, & TUKAR KEYPAD HANPHONE!!

 
Selamat Hari Lahir Ke-21
   

1 comments:

Anonymous said...

tQ ajak. bape nk upah ni. hahaha;p