BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 27 July 2011

Gaji Pertama Aku

Bangun dari tido je dah tentu lah mak yang kejut, tapi kali ni agak lain plak dengan diri aku. Selalunya kalo mak kejut 4 hingga 6x belum tentu aku bangun, tapi pagi tadi sekali je mak yang kejut. HAHA.. Macam biasa, mula2 mak kejut aku akan akan mamai, pastu warm up.. buat senaman apa yang patut, lepas tu baru pergi bilik air. Tu memang rutin harian aku kalo bangun tido. Lepas je mandi dan siap2 pakai baju apa bagai, mak dah siapkan teh panas untuk aku. Aku kalo pagi memang jarang makan, aku takut sakit perut. Lepas je minum air yang mak buat, aku salam mak dan terus pergi keje. Tapi, aku tak terus pergi kerja. Aku pergi BANK.. aha.. Nape? Sebab 25 Haribulan tarikh aku gaji. Excited beb! HAHA.. Tapi sayang, gaji tak masuk lagi. Aku pun tak kisah sangat pun sebab maybe pagi sangat kot. Aku pun pergi kerja dengan berbekalkan 5 ringgit dari pemberian mak. Sampai je kat tempat kerja aku buat kerja macam biasa tapi dalam masa yang sama aku tetap perhatikan jam.. Yes! Dah tiba waktu makan tengahhari, aku pun terus keluar untuk ke bank. Aku tengok kat dalam bank mmg ramai, almaklum lah time orang gaji. HEHE.. Aku pun beratur panjang, sampai giliran aku! Aku punya semangat lah nak tengok berapa gaji aku. KEPUTUSANNYA! Baki Anda RM9.00.. =( X pe lah! Aku pun balik dalam keadaan malu. mau tak malu sume orang dok keluar duit, aku cuma masuk kad dengan keluar kad, duit langsung tak keluar! HAHA.. Aku pergi kat tempat kerja balik, makan lah kat kantin. Sampai waktu petang, ramai pekerja balik sebab dah pukul 5.30, tapi aku nak overtime. Rehat pukul 5.30 petang sampai pukul 5.50 petang , aku amik masa 20 minit rehat untuk aku pergi ke Bank. Masa petang mesti lah lagi ramai. Sampai je giliran aku, aku dah rase bengang! Waaaa.. mana gaji aku!! Sampai kat tempat kerja balik, aku buat muka bengis.. HAHA.. Semua pekerja aku tak layan! Bos aku je aku layan.. HAHA.. Aku buat lah overtime sampai pukul 8.30 malam. Malam tu aku rasa macam malas je nak pergi bank sbb aku taw kalo bank tu hidup, dia pun da jemu tengok muka aku! HAHA.. Aku masuk je kad maybank aku, aku buat muka bengis! Aha... Alhamdulillah, Ya Allah! Memang lebih dari apa yang aku jangka.. Gaji aku 1,***.**..  (Rahsia) Taw pun takot mesin duit tu dengan muka bengis aku! HAHA.. Aku keluarkan separuh, aku bahagikan kepada Emak, Ayah dan Adik beradik aku, lepas tu aku belikan topup, untuk aku bagi kat sahabat2 aku yang tolong kejut aku bangun tido semasa mak aku takde kat umah selama seminggu. Jika sahabat2 aku ni tak tolong kejut aku, memang aku pergi kerja.. HAHA.. Macam2 lagi aku buat dengan duit gaji aku selama sehari. Sebenarnya ni bukan pertama kali aku bekerja, tapi gaji pertama aku di tempat kerja baru aku setelah sekian lama menganggur. Aku pernah merasa hidup susah, saat aku takde duit, sahabat2 aku seperti ilan, usop, iwan dan anas banyak support aku, walaupun aku takde duit tapi dorang seakan taw tentang diri aku. Aku janji dengan diri aku, gaji pertama aku, aku akan belanja sahabat2 aku ni semua. Alhamdulillah, janji aku telah aku kotakan! Bukan aku tak berusaha untuk cari kerja, tapi rezeki belum ada. Aku pernah kerja kat kedai makan sahabat aku, aku pernah meniaga air semasa Sukan Malaysia. Walaupun tak banyak aku dapat, tapi tu lah dari hasil titik peluh aku! Terima Kasih Sahabat kerana support aku, Terima Kasih Ya Allah di atas limpahan Rezeki kepada HambaMu. Tangis Syukur kepadaMu Ya Rabbi..

0 comments: