BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 30 July 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan,
Setiap masa kau ku nantikan,
Setiap detik pasti ku tangiskan,
Bukan tangisan penyesalan,
Tapi keinsafan dalam diri pabila kau menjelma,

Ramadhan,
Kau hanya tiba selepas syaaban,
Kau ku nantikan dengan penuh harapan,
Semangat kau memberiku sejuta pengertian,
Dalam berpaksikan sunnah dan amalan,

Ramadhan,
Kini kau menjelma,
Jiwaku merintih dalam senyuman,
Walaupun kelaparan namun dirimu mengajarku pengorbanan,
Begitu banyak ganjaran yang kau berikan,
Kau ramadhan terindah dalam seribu bulan,

Ramadhan,
Tanpamu tidak ku kenal apa itu ganjaran,
Tanpamu tidak ku kenal apa itu persaudaraan,
Tanpamu tidak ku kenal apa itu permuafakatan,
Tanpamu jua tidak ku kenal apa itu ramadhan..

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak.. J















Buat Sahabat- Sahabat..

- Ekhwan
- Faiz
- Epul
- Omar
- Han
- Azim
- Usop
- Ilan
- Iwan
- Alip
- Anas
- Zam
- Syafiqah =)
- Mardhiah
- Amni
- Zahura
- Athirah
- Wizana
- Aisyah
- Syakila
- Anies
- Fatin
- Lynda
- Sakinah

Dan Seluruh Umat Islam, Semoga Ramadhan Kali Ini Memberikan Kita Sejuta Keinsafan Dalam Mendekatkan diri kita kepada Allah Sebelum kita Kembali KepadaNya..

Wednesday, 27 July 2011

Gaji Pertama Aku

Bangun dari tido je dah tentu lah mak yang kejut, tapi kali ni agak lain plak dengan diri aku. Selalunya kalo mak kejut 4 hingga 6x belum tentu aku bangun, tapi pagi tadi sekali je mak yang kejut. HAHA.. Macam biasa, mula2 mak kejut aku akan akan mamai, pastu warm up.. buat senaman apa yang patut, lepas tu baru pergi bilik air. Tu memang rutin harian aku kalo bangun tido. Lepas je mandi dan siap2 pakai baju apa bagai, mak dah siapkan teh panas untuk aku. Aku kalo pagi memang jarang makan, aku takut sakit perut. Lepas je minum air yang mak buat, aku salam mak dan terus pergi keje. Tapi, aku tak terus pergi kerja. Aku pergi BANK.. aha.. Nape? Sebab 25 Haribulan tarikh aku gaji. Excited beb! HAHA.. Tapi sayang, gaji tak masuk lagi. Aku pun tak kisah sangat pun sebab maybe pagi sangat kot. Aku pun pergi kerja dengan berbekalkan 5 ringgit dari pemberian mak. Sampai je kat tempat kerja aku buat kerja macam biasa tapi dalam masa yang sama aku tetap perhatikan jam.. Yes! Dah tiba waktu makan tengahhari, aku pun terus keluar untuk ke bank. Aku tengok kat dalam bank mmg ramai, almaklum lah time orang gaji. HEHE.. Aku pun beratur panjang, sampai giliran aku! Aku punya semangat lah nak tengok berapa gaji aku. KEPUTUSANNYA! Baki Anda RM9.00.. =( X pe lah! Aku pun balik dalam keadaan malu. mau tak malu sume orang dok keluar duit, aku cuma masuk kad dengan keluar kad, duit langsung tak keluar! HAHA.. Aku pergi kat tempat kerja balik, makan lah kat kantin. Sampai waktu petang, ramai pekerja balik sebab dah pukul 5.30, tapi aku nak overtime. Rehat pukul 5.30 petang sampai pukul 5.50 petang , aku amik masa 20 minit rehat untuk aku pergi ke Bank. Masa petang mesti lah lagi ramai. Sampai je giliran aku, aku dah rase bengang! Waaaa.. mana gaji aku!! Sampai kat tempat kerja balik, aku buat muka bengis.. HAHA.. Semua pekerja aku tak layan! Bos aku je aku layan.. HAHA.. Aku buat lah overtime sampai pukul 8.30 malam. Malam tu aku rasa macam malas je nak pergi bank sbb aku taw kalo bank tu hidup, dia pun da jemu tengok muka aku! HAHA.. Aku masuk je kad maybank aku, aku buat muka bengis! Aha... Alhamdulillah, Ya Allah! Memang lebih dari apa yang aku jangka.. Gaji aku 1,***.**..  (Rahsia) Taw pun takot mesin duit tu dengan muka bengis aku! HAHA.. Aku keluarkan separuh, aku bahagikan kepada Emak, Ayah dan Adik beradik aku, lepas tu aku belikan topup, untuk aku bagi kat sahabat2 aku yang tolong kejut aku bangun tido semasa mak aku takde kat umah selama seminggu. Jika sahabat2 aku ni tak tolong kejut aku, memang aku pergi kerja.. HAHA.. Macam2 lagi aku buat dengan duit gaji aku selama sehari. Sebenarnya ni bukan pertama kali aku bekerja, tapi gaji pertama aku di tempat kerja baru aku setelah sekian lama menganggur. Aku pernah merasa hidup susah, saat aku takde duit, sahabat2 aku seperti ilan, usop, iwan dan anas banyak support aku, walaupun aku takde duit tapi dorang seakan taw tentang diri aku. Aku janji dengan diri aku, gaji pertama aku, aku akan belanja sahabat2 aku ni semua. Alhamdulillah, janji aku telah aku kotakan! Bukan aku tak berusaha untuk cari kerja, tapi rezeki belum ada. Aku pernah kerja kat kedai makan sahabat aku, aku pernah meniaga air semasa Sukan Malaysia. Walaupun tak banyak aku dapat, tapi tu lah dari hasil titik peluh aku! Terima Kasih Sahabat kerana support aku, Terima Kasih Ya Allah di atas limpahan Rezeki kepada HambaMu. Tangis Syukur kepadaMu Ya Rabbi..

Sunday, 24 July 2011

Selamat Hari Lahir ke 21 Athirah

25 JULAI 1990

Hari Lahir Seorang sahabat aku. Siapa? Namanya Athirah Nadhirah binti Johari. Sepupu Mail Lambung. HAHA.. Tarikh 25 Julai 2011, genaplah usia dia menjangkau 21 tahun. Seronok bebenor dia ha! Seronok sebab apa? Ye lah, dah boleh daftar mengundi dah, orang kuat Parti Islam Se-Malaysia tu weh! HAHA.. Tapi yang dia tunggu2 kan, dah boleh kawen dah tahun ni, Tu pun selagi dia tak kene lempor senduk dengan mak dia. HAHA.. 

Bagi aku, aku sifatkan dirinya seorang sahabat yang baik, bertanggungjawab, suka bagi nasihat yang berguna, suka memendam apa yang dia rasa. Di usia yang bakal menjangkau 21 tahun aku harapkan ikatan persahabatan yang lebih telus. Wah! Dah macam pilihanraya dah! HAHA.. Aku senang dan selesa berkawan dengan dia. Ops! Lupa, minggu lepas mak aku takde kat umah seminggu. Dia ni lah yang aku suruh kejut aku bangun tido untuk aku pergi keje. Bukan dia ni je, ada lah 3 orang lagi yang aku minta kejutkan. Maaf lah ye jika aku menyusahkan. Aku ni liat sikit nak bangun pagi. HAHA.. Memang dalam seminggu tu dia yang kejut aku bangun. Dulu jika aku ada gf aku suruh gf aku kejut. Tapi maybe takde jodoh kot. 

Ha! Aku dah janji dah dengan dia, aku nak belikan dia topup sebagai terima kasih aku kat dia sebab kejut aku. Kena pulak 25 haribulan memang tarikh aku gaji!! Haram Jadah.. Rabak aku! HAHA.. Ala, 5 Ringgit je kan? kalo ada lagi topup 3 ringgit, memang 3 ringgit yang aku bagi kat dia. Tapi aku tak kisah sangat jika di bandingkan masa yang dia korbankan untuk kejut aku. Aku memang terhutang budi dengan dia. Dia yang lulusan Diploma Syariah di Kolej Universitu Islam Selangor, memang antara sahabat yang akan aku ingat sampai akhir hayat aku. Aku harap impian dia untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam tahun ni tercapai. InsyaAllah.. Harapan aku untuk dia, Jaga diri, Jaga Kesihatan, Ingat Allah Selalu, Ingat Keluarga, Belajar Rajin2, Jangan Lupa kawan2, & TUKAR KEYPAD HANPHONE!!

 
Selamat Hari Lahir Ke-21
   

Wednesday, 20 July 2011

Welcome To My Family

Saat Aku Penat Gila Petang Tu, Aku Tengok Jam Dah Pukul 3 Petang. 2 jam Je Lagi Nak Pukul 5.00 Petang. Pukul 5 Petang Aku Balik Kerja! Huhu.. Aku Tak Tahu Pehal Ntah Aku Rasa Gembira Semacam Je. Setiap Masa Aku Tengok Je Jam. Masa Berlalu & Berlalu. Yes! Dah Pukul 4.30 Petang! Tiba2 Pulak Leader Aku Datang. "Ajak, U Overtime Ya Hari Ni". Aku Cakap Lah Balik. Tak Boleh Lah, Ada Hal. "Apa Hal U Ada?" Die Tanya Aku. Alamak! Aku Terpikir Nak Bagi Alasan Kukuh Apa Ni? Ha! "Kakak Saya Beranak Lah Bos, Saya Mahu Tengok".. So, Leader Aku Lepaskan Aku. Terbaik Tak Idea Aku? HAHA.. Memang Aku Tahu Kakak Aku Nak Beranak, Tapi Aku Tak Tahu Bila Tarikhnye. Yang Aku Tahu Bulan Ni Je. ^_^

Tepat Pukul 5.00 Petang Da Siap Punch Card, Aku Bergegas Kat Motor. Aku Balik Lah Rumah. Abang Aku Yang Nombor 3 Senyum Sorang2 Kat Atas Sofa Sambil Pandang Aku. Aku Marah Die, Ko Tak Payah Nak Senyum. Aku Penat Ni! Die Panggil Aku Tengok HP Dia. Aku Malas Lah! Tapi Aku Datang Jugak Tengok. HAHA.. Dia Tunjuk Gambar Bayi Baru Lahir. Aku Cakap Sape Budak Ni?  Pastu Dia Tunjuk Lagi Gambar Lain. Eh, Mak Aku Pangku Bayi? Aku Dah Terpikir, NI ANAK LIKA KE? Abang Aku Cakap, Ye Lah!. Aku Tengok Je Gambar Bayi Tu, Sambil Aku Senyum Serupa Macam Abang Aku Senyum, HAHA.. =D Aku Tanya Lelaki Ke Perempuan? Die Cakap Lelaki.. AHA... (Dah Besar Hensem Macam Aku!) ^_^

Aku Sebenarnya Happy Gila! Sebab Apa? Aha.. Ni Sebab2nya..
1- Sebab Dia Aku Dah Jadi PAK SU.. HOHO
2- Sebab Dia Anak Buah Pertama Aku.. HEHE
3- Sebab Dia Lelaki.. HAHA
4- Sebab Dia Hajat Mak Ayah Aku Nak Tukar Title Atok & Nenek Termakbul.. HUHU

TERIMA KASIH YA ALLAH!! TERIMA KASIH YA RABBI!! TERIMA KASIH YA RAHIM!!

Aku Canang Aku Dapat Anak Buah Kat Kawan2 Aku. 1st Aku Bagitahu Kat Shafikah, Sebab Aku Dah Janji Dengan Dia Dulu, Dia Orang Pertama Yang Akan Aku Bgtahu. Lepas Tu Faiz, Ekhwan, Epul, Fatin, Alang, Athirah, Syida & Sape Ntah Lagi. Memang Happy Gile Lah Aku. Tapi Sampai Sekarang Aku Tak Tengok Lagi Anak Buah Pertama Aku! Pui! Sibuk Dengan Kerja. Sekarang Aku Dah Tahu Nama Dia. Muhammad Adam Shafwan Bin Shahrul Hairri. Very Nice Name! Keletihan Aku Dalam Bekerja Sekarang Tak Aku Hirau Sebab Kau Anak Buah Pertama Aku. 

Malam Tu Aku Dah Terpikir Nak Belikan Anak Buah Aku Basikal, Aku Bgtahu Kat Fatin. Dia Gelak, Dia Cakap Tu Bayi Lagi Lah! Aku Pun Terpikir Jugak! Haha.. Tapi Untuk Jangka Masa Panjang Takpe KAN? Haha.. Selamat Datang Muhammad Adam Shafwan.


Nama : Muhammad Adam Shafwan Bin Shahrul Hairri
Nama Ibu : Nor zalika Binti Nordin
Tarikh Lahir : 11 Julai 2011
Tempat Lahir : Hospital Sungai Buloh, Selangor
Masa : 8.01 Pagi


Wednesday, 6 July 2011

(Rintihan Dalam Kejahilan)

(RINTIHAN DALAM KEJAHILAN)

Dalam Dunia Telah Tercipta,
Kekayaan Membasahi Bumi,
Terasa Kenikmatannya,
Yang Terus Menguasai Diri,
Ku Terleka Buat Seketika,
Dalam Berajakan Harta Kebendaan,
Ku Hanyut Dalam Kejahilan,
Tanpa Rasa Bersyukur Dengan RahmatMu Tuhan,
Oh Ya Allah..
Berikan Aku Hidayah,
Agar Dapat aku Hindar Dari Kesesatan,
Oh Dunia..
Yang Penuh Kejahilan,
Tak Terdaya Aku Untuk Harunginya,
Setinggi Langit Tujuh,
Tak Mampu Ku Gapainya,
Berlantaikan Lantai Bumi,
Terdaya Aku Taklukinya,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Tunjukkan Aku HidayahMu,
Agar Dapat Ku Fahami,
Yang Tersirat Di Hati Ini..

Lirik : Ajak
Lagu : Ajak/ Alif Azharie (Akademi Nasyid)

Tuesday, 5 July 2011

Aku & Medical Check Up

Pagi tadi pukul 8.00 Company suruh buat Medical check up dekat klinik ******* seksyen 15 Shah Alam..


Nurse : Abdul Razak, pekerja  baru ye?
Aku : A'ah, Baru masuk akhir bulan lepas.
Nurse : Awk amik benda ni ye, pergi toilet.
Aku : Ape ni?
Nurse : Awk kencing dlm bekas ni? nk buat urintest.
Aku : Tapi sy tak nk kencing lagi.
Nurse : Paksa "die" keluar.


10.00 Minit lps kuar bilik..


Nurse : Awk buat ape kat sini?(kat dlm 7E)
Aku : Dah ckp tadi tak nak kencing, bende2 ni mane leh pakse.
Nurse : Amik 5 Ringgit beli air lps tu awk minum sampai rase nak kencing.
Aku : Tiba2 je rase nk kencing.. 5 Ringgit ni halal la yeh?
Nurse : Amik lah! (Muka bengang)


** Haha.. mmg lah nk kencing, 7E kan sejuk.. ^_^