Assalamualaikum W.B.Q..
Ramadhan Datang Lagi..
Syukur alhamdulillah, dengan berkat keiziananNya yang memberi aku nyawa dan tenaga dapat sekali lagi untuk aku berjumpa dengan bulan yang paling mulia, paling dinanti dan paling barakah iaitu bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Bulan Ramadhan paling dinantikan oleh aku dan keluarga. Hanya di bulan mulia inilah dapatlah aku dan keluarga berkumpul bersama dan menunaikan ibadah bersama-sama di surau. Ya Allah, sesungguhnya bulan Ramadhan adalah pengikat kasih sayang dan jalinan ukhuwah antara keluarga. Ya Allah, harapanku agar kau terima amal dan ibadahku dan kau ketemukanlah aku dengan malam lailatulqadarMu di10 malam terakhir. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin..
Buat Ayah, Mak, Abang-Abang, Kakak, Kakak Ipar, dan Abang ipar, Ampun maaf Ajak pohon andai terkasar kasar bahasa, tersalah perkataan dan terlanjur perbuatan. Buat sahabat-sahabat yang bakal aku sertakan dibawah ini nanti, bersamalah kita menghayati Ramadhan yang sebenar. Sesungguhnya kita hanyalah hamba Allah yang menumpang di dunia dan akan menemuiNya kelak.
Afiqah, Athirah, A'isyah, Ekhwan, Faiz, Epul, Omar, Han, Azim, Usop, Ilan, Iwan, Alip, Anas, Syafiqah, Mardhiah, Amni, Zahura, Wizana, Aisyah, Syakila, Anies, Fatin Rossien, Fatin Hakimah, Wan Nur Fareeda, Najihah, Effa, Nadwa, Syazwani, Isma.
Tak lupa juga buat sahabat-sahabat yang mengenali aku secara langsung dan tidak langsung, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa!
Ramadhan,

Setiap masa kau ku nantikan,
Setiap detik pasti ku tangiskan,
Bukan tangisan penyesalan,
Tapi keinsafan dalam diri pabila kau menjelma,
Ramadhan,
Kau hanya tiba selepas syaaban,
Kau ku nantikan dengan penuh harapan,
Semangat kau memberiku sejuta pengertian,
Dalam berpaksikan sunnah dan amalan,
Ramadhan,
Kini kau menjelma,
Jiwaku merintih dalam senyuman,
Walaupun kelaparan namun dirimu mengajarku pengorbanan,
Begitu banyak ganjaran yang kau berikan,
Kau ramadhan terindah dalam seribu bulan,
Ramadhan,
Tanpamu tidak ku kenal apa itu ganjaran,
Tanpamu tidak ku kenal apa itu persaudaraan,
Tanpamu tidak ku kenal apa itu permuafakatan,
Tanpamu jua tidak ku kenal apa itu ramadhan..
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak..
0 comments:
Post a Comment