BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 29 August 2011

Salam Lebaran Dari Razak Nordin @ Ajak

Assalamualaikum Semua!

Lama sebenarnya tak update blog nie! Almaklum lah selain sibuk bekerja, berterawih mmg tak di lupakan. Alhamdulillah, telah hampir untuk kita bersama menghampiri bulan syawal. Rasa sayu apabila nak meninggalkan bulan Ramadhan. Sepanjang bulan ramadhan, perjalanan hidup aku penuh berliku. Banyak dugaan yang datang kepada aku. Ramadhan banyak mengajar aku erti kesabaran dan juga ketabahan. Thank You Allah.. :))

InsyaAllah, Jika tiada aral melintang esok umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan malam ini tiada lagi solat terawih apabila di gantikan takbir serta tahmid Aidilfitri. Rasa sayu sebenarnya apabila mendengar takbir raya, pasti akan teringatkan Atok, Nenek, Saudara Mara, Sahabat yang telah meninggalkan kita untuk menemui Allah yang 1. Tapi ini lah takdir Allah, kita pun belum pasti lagi bila kita akan menemuinya, mungkin esok, mungkin lusa. Di harapkan dapatlah kita di pertemukan pada bulan Syawal. InsyaAllah.. Apabila di katakan bulan syawal, pasti ramai akan meraikannya. Sama juga dgn aku, Bulan syawal ialah bulan Kemenangan bagi umat islam, kemenangan menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan syawal. menahan nafsu tubuh sepanjang bulan ramadhan. Di sebabkan itu Nabi Muhamad mengharamkan umatnya berpuasa pada hari raya pertama untuk kita bersama2 meraikan bulan kemenangan.

Sempena bulan syawal ini aku mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat Ayah, Emak, Abang2 serta kakak. Minta maaf dan halalkan segala makan dan minum ye. Tak dilupakan buat saudara mara, di sabak bernam, pantai dalam, putrajaya, johor, kajang, shah alam serta di mana2 sahaja. Semoga raya tahun ini kita akan berjumpa dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

Buat sahabat2 seperti Ekhwan, Faiz, Epul, Han, Farid, Azim, Omar, Usop, Ilan, Iwan, Anas, Zam, Syafiqah, Angah Shahirah, Muzammil, Insyirah, Haziqah, Mardhiah, Amni, Zahura, Farah Wahida, Nana, Mimi, Intan, Wanie, Asnidah, Mira Roomate Pika, Athirah, Wizana, Aisyah, Syakila, Anies, Fatin, Syida, Lynda, Sakinah serta sesiapa sahaja yang kenal diri ini secara langsung mahupun tidak.

MAAF banyak-banyak sebabnya aku insan biasa yang tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Mungkin ada perkara-perkara yang tidak perasan. Mungkin ada perkara yang terlepas pandang. Mungkin ada yang tersalah tafsir. Sekali lagi Mohon Ampun dan Maaf Zahir Batin.

DOA aku untuk kalian semua agar berhati2 di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju, InsyaAllah. Raikan perayaan dengan penuh kesyukuran. 


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Minta Maaf Salah Dan Silap..
Ikhlas Dari Abdul Razak Bin Nordin @ Ajak